JOHOR BAHRU: Seorang pesara pensyarah dari sebuah universiti awam kerugian lebih RM1 juta, selepas terpedaya dengan pelaburan yang tidak wujud secara dalam talian.
Ketua Polis Johor CP M.Kumar berkata lelaki berusia 61 tahun itu, membuat laporan polis pada 22 Mac.
Beliau berkata mangsa mendakwa berhubung dengan seorang individu di aplikasi WhatsApp selepas menyertai pelaburan dikenali sebagai 'Gold Futures XAUUSD', yang diiklankan di Facebook pada Disember tahun lepas.
"Individu tersebut memberikan penerangan mengenai pelaburan tersebut dan mangsa dijanjikan pulangan antara lima hingga lapan peratus dari jumlah modal dalam masa sehari dan pada setiap kali traksaksi pelaburan dibuat.
"Bagaimanapun, mangsa mengesyaki ditipu setelah gagal mengeluarkan sebarang keuntungan selepas membuat pembayaran ke beberapa akaun berjumlah lebih RM1 juta," katanya pada satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Kumar menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah mempercayai sesuatu tawaran pelaburan di media sosial yang menjanjikan pulangan lumayan dengan mudah.
Semakan sesuatu pelaburan katanya boleh dibuat menerusi agensi sepertinya, atau Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti bagi mendapatkan kepastian serta maklumat lanjut.
"Selain itu, gunakakan perkhidmatan 'Semak Mule' di dalam talian bagi menyemak status akaun bank dan nombor telefon suspek sebelum membuat sebarang bayaran," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 09 2024
Ketua Polis Johor CP M.Kumar berkata lelaki berusia 61 tahun itu, membuat laporan polis pada 22 Mac. - Gambar fail/Bernama
Perekrutan ahli JI masih berlaku dalam keluarga - Pakar
Prof Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam berkata gerakan JI dalam anggota keluarga disifatkan masih efektif walaupun kumpulan terbabit tidak berinteraksi antara satu sama lain.
Orang kampung sekitar Ulu Tiram rasa terancam
Situasi di Kampung Sungai Ulu Tiram, alamat terakhir suspek yang mati ditembak.
Firdaus Azil, Wartawan Astro AWANI
Firdaus Azil, Wartawan Astro AWANI
KBS harap siasatan insiden serangan terhadap pemain bola sepak diselesaikan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berharap siasatan berkaitan insiden serangan melibatkan tiga pemain bola sepak negara baru-baru ini dapat diselesaikan secepat mungkin, kata Menterinya Hannah Yeoh.
FAM pertimbang wujudkan kembali program Harimau Muda
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedang melihat potensi untuk mewujudkan kembali program Harimau Muda antaranya bertujuan sebagai platform kesinambungan kepada pembangunan pemain muda negara.
Jejas pendapatan nelayan
Cuaca panas dan kering yang panjang di laut untuk mencari rezeki malahan keadaan arus juga menyebabkan pendapatan nelayan pesisir pantai turut terjejas.
Anggap polis sebagai musuh, dipercayai antara punca serangan
Rasa benci terhadap pihak berkuasa, dipercayai menjadi punca kepada serangan pengganas Jemaah Islamiah terhadap Balai Polis Ulu Tiram pada Jumaat, yang telah mengorbankan dua anggota polis.
FIFA, AFC akan bantu Palestin - Hamidin
FIFA dan AFC akan memberi bantuan yang diperlukan oleh Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA) susulan konflik Palestin dan Israel.
[KRONOLOGI] Serangan Balai Polis Ulu Tiram
[KRONOLOGI] Serangan Balai Polis Ulu Tiram
Mangsa banjir di Perak meningkat kepada 537 orang
Mangsa banjir di tiga daerah di Perak meningkat kepada 537 orang daripada 152 keluarga pada jam 4 petang Jumaat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Anggap polis 'musuh', 'layak dibunuh' dipercayai antara motif - Pakar
Mohd Mizan berkata kumpulan terbabit menyasarkan balai polis kerana dipercayai bagi tujuan pemilikan senjata api.
Pesara pensyarah rugi lebih RM1 juta terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang pesara pensyarah kerugian lebih RM1 juta, selepas terpedaya dengan pelaburan yang tidak wujud secara dalam talian.
Pesara pensyarah rugi RM1.8 juta dihubungi 'pegawai TM'
Pihak JSJK Kuala Lumpur menerima laporan polis daripada wanita berusia 80 tahun itu Isnin lepas.